Tuesday, April 7, 2009

SELAMAT DATANG KE SUNGAI UDANG

MELAKA TROPICAL FRUIT FARM SUNGAI UDANG

Melaka Tropical Fruit Farm merupakan sebuah ladang buah-buahan yang dibuka kepada orang ramai. Ia terletak 20 km dari Bandar Melaka. Dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang dan kemudiannya Sungai Udang Agro Park. Pintu masuk utama untuk ke Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang terletak di tepi jalanraya yang menghubungkan Sungai Udang dan Masjid Tanah. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi terus dari bandar Melaka.

Kemudahan :

  • Ladang Buah-buahan
  • Tapak Herba
  • Taman Buah-buahan
  • Sawah Padi
  • Zoo Mini
  • Chalet
  • Anjung Syarahan
  • Asrama
  • Dewan
  • Tapak Perkhemahan
  • Kedai Cenderamata
  • Pasar Seringgit
  • Pasar Buah-buahan
  • Galeri Pameran
  • Aquarium Ikan Air Tawar